Kesan-Kesan Buruk Dadah
1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah
seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan
sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami
kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi
ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .
No comments:
Post a Comment