Friday, July 6, 2012

Kesan-Kesan Buruk Dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

 

Sebab-Sebab Seseorang Mengambil Dadah

1. Kerana ingin tahu .

2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .

3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah .

4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .

5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .

6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .

7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .

8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .

9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :

a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.

b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

 

Jenis-Jenis Dadah(Ketamin)

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Jenis-Jenis Dadah(Ecstacy/MDMA)

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Jenis-Jenis Dadah(Syabu)

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Jenis-Jenis Dadah(Ganja)

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Jenis-Jenis Dadah(Candu)

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Jenis-Jenis Dadah(Morfin)

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ’999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas


Jenis-Jenis Dadah(Heroin)


Definasi  

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Wednesday, July 4, 2012

bilik sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) - SELEPAS -

















bilik sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa) - SEBELUM -





 














extra maklumat berkenaan dadah

 

Heyyy (!) kamu semua nampak atau tidak ? BELIA BENCI DADAH (!) Maknyenye . kami semua benci dadah . benci sangat-sangat . tahukah anda bahawa dadah itu bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya,makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

extra maklumat berkenaan rokok


KATAKAN "TAK NAK" KEPADA ROKOK (!)
Tahukah anda bahawa Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain .
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
 Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.



Macam mana? Banyakkan bahan-bahan kimia dalam sebatang rokok. Dan sebatang rokok juga mampu menyebabkan kita menghadapi banyak penyakit yang boleh mambawa maut .


 OLEH ITU . MARILAH KITA KATAKAN "TAK NAK" KEPADA ROKOK KERANA ROKOK MEMBAHAYAKAN DIRI KITA . SEMAKIN BANYAK ASAP ROKOK YANG KITA HISAP , SEMAKIN BERKURANGLAH PERATUS JANGKA HAYAT KITA . KITA MAMPU MENGUBAHNYA .

LAGU PPDa

DADAH

ROKOK

BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK ?


BAHAYA ASAP ROKOK .

ALKOHOL

ARAK