Monday, September 30, 2013

Pantun Nasihat


i .::.
Kain dibasuh sikain sutera,
Kain kasa rentang di khemah;
Dadah musuh utama negara,
Merosakkan bangsa menghancurkan ummah.



Beli sekati sibuah kana,

Buah ceri manisnya rasa;
Jangan dekati dadah durjana,
Nanti diri rosak binasa



Petai jawa di atas bukit,

Hijau warna banyak isinya;
Dadah membawa pelbagai penyakit,
Hidup merana sesal selamanya.



Cantik dan indah sulaman kerawang,

Hiasan labuci pelbagai warna;
Kerana dadah diri terbuang,
Hidup dibenci dicaci dihina.



ii .::.
Malaysia terkenal lagi disegani,
Islam hadhari sumber inspirasi,
Hidup sihat diri dihormati,
                                                             Jauhi rokok dadah dihindari.


Perwira berani pergi membela,
Menjaga negara korbankan jiwa,
Wahai insani bukalah mata,
Dadah berbahaya pembunuh manusia.

Senjata tajam sungguh bahaya,
Buaya berenang dihempap galah,
Biarlah mati dikenang bangsa,
Janganlah mati kerana dadah.

No comments: