Monday, September 30, 2013

Pantun Nasihat


i .::.
Kain dibasuh sikain sutera,
Kain kasa rentang di khemah;
Dadah musuh utama negara,
Merosakkan bangsa menghancurkan ummah.



Beli sekati sibuah kana,

Buah ceri manisnya rasa;
Jangan dekati dadah durjana,
Nanti diri rosak binasa



Petai jawa di atas bukit,

Hijau warna banyak isinya;
Dadah membawa pelbagai penyakit,
Hidup merana sesal selamanya.



Cantik dan indah sulaman kerawang,

Hiasan labuci pelbagai warna;
Kerana dadah diri terbuang,
Hidup dibenci dicaci dihina.



ii .::.
Malaysia terkenal lagi disegani,
Islam hadhari sumber inspirasi,
Hidup sihat diri dihormati,
                                                             Jauhi rokok dadah dihindari.


Perwira berani pergi membela,
Menjaga negara korbankan jiwa,
Wahai insani bukalah mata,
Dadah berbahaya pembunuh manusia.

Senjata tajam sungguh bahaya,
Buaya berenang dihempap galah,
Biarlah mati dikenang bangsa,
Janganlah mati kerana dadah.

BARANG BARU ~ BAHAN BARU ~ REPLIKA BARU ~

       Assalamualaikum ,
Barang baru ? kikiki . Agak agak , apa tu ? haha . sebenarnya . tiada apa pun . cuma . kalau anda ingat . Pada tahun 2012 sekolah kami ada bina beberapa replika kubur untuk pengguna bahan-bahan terlarang . tetapi pada tahun 2013 ini . Replika kubur tersebut telah di'upgrade' . Replika tersebut juga hasil tangan para pelajar . 100 % hasil tangan para pelajar . Di bawah terdapat beberapa gambar sepanjang pembuatan replika kubur ini . 








MURAL 2013

       Assalamualaikum . .
bermula daripada minggu lepas sehingga kehari ini . beberapa mural telah diadakan di bahagian dinding dinding sekolah . Mural tersebut merupakan 100% daripada hasil tangan pelajar . Ini membuktikan bahawa para pelajar juga mempunyai sifat daya kreatif dan di samping itu juga mereka dapat memupuk perasaan positif dalam kalangan mereka . Di bawah merupakan mural mural yang ada :













10 sebatan untuk hukuman dipenjara .

Sunday, September 22, 2013

IKON PPDa SMKDD1

Imam Muda Azhar

Pada 19/9/2013 Secara Rasminya Imam Muda Azhar Telah Dilantik Sebagai Ikon Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1.....

Monday, September 16, 2013

LOGO BARU


HEYY (!) Untuk tahun 2013 ini . Logo baru telah diperkenalkan . Logo ini telah 'dilahirkan' oleh cikgu zaid yang merupakan guru kaunseling sesi petang .

Konsep logo adalah simbolik kepada muafakat dan kerjasama tiga elemen iaitu pihak sekolah, murid dan komuniti setempat

Nak tau apa maksud di sembalik warna?

.::. violet - Kesungguhan dan komitmen pihak sekolah
.::. jingga - Kepelbagaian dan kecerdasan berbagai dimiliki murid
.::. hijau - Kedinamikan komuniti setempat
.::. biru - Misi dan visi yang dikongsi bersama

PENYALAHGUNAAN INHALAN DIKALANGAN REMAJA

PANTUN DADAH

AKU PENAGIH DADAH KERANAMU

Mengenali Penagih Dadah
Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:

  •             Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta                kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  •             Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  •             Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  •             Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
  •             Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
  •             Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.
  •             Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau             mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu.
  •             Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan               menghisap dadah.
  •             Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
  •             Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
  •             Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
  •             Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah                     dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,saudara-mara atau kawan.
  •             Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di               tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )



            

Dadah Perosak Bangsa

"DADAH ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk,khayal,ketagih,gangguan tingkah laku dan sebagainya.Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara".

Ciri-ciri dadah :
  • Kesan ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
  • Pergantungan fizikal dan psikologikal
  • Kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan